Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Menurutnya, belanjawan yang akan dibentang Najib pada 28 September ini akan dijadikan kesempatan untuk memberi insentif kepada rakyat sebagai salah satu cara untuk dirinya terus dipilih pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU13).
Katanya, "memang populariti Perdana Menteri ada turun naiknya... perkara ini dilihat melalui pemberian yang berbentuk wang tunai akan menaikkan popularitinya."
"Kalau beliau (Najib) cakap mengenai pelajaran, secara automatik popularitinya akan turun," katanya kepada Sinar Harian Online selepas majlis pembentangan Bajet 2013 PR di bangunan Parlimen, petang ini.
Kajian terbaru Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umdecel) menunjukkan populariti Najib mengalami sedikit penurunan berbanding kedudukan Mac-April lalu.
Populariti Najib, yang dilihat sebagai faktor penentu dalam membawa Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan pada PRU13 berbanding prestasi 2008, telah susut daripada 61 peratus kepada 58 peratus.
Pengarah Umcedel, Profesor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman menyifatkan penurunan itu "masih keci", tetapi sama ada ia "satu trend penurunan atau yang hanya bersifat sementara adalah satu persoalan."
"Walaupun di negara kita, kita masih menganggap paras 60 peratus sokongan sebagai satu kadar yang kecil, tetapi di peringkat antarabangsa, 60 peratus masih dianggap tinggi," kata.
Justeru, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang mengakui populariti seorang pemimpin diperlukan untuk memancing rakyat bagi meraih undi dalam pilihan raya akan datang.
Tambahnya, walaupun begitu, usaha yang dibuat oleh setiap seorang pemimpin menjadi pilihan rakyat untuk dijadikan pemimpin negara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan