HALAMAN SANTAI

Rabu, 26 September 2012

Terengganu bincang dulu jika calon dari PAS Pusat

 
Tetapi yang selalu diamalkan ialah PAS negeri menghantar senarai calon ke pusat untuk diluluskan, kata Abdul Wahid.



PETALING JAYA: PAS Terengganu akan  meneliti calon yang dihantar Pusat sebelum membuat keputusan menerima calon berkenaan, kata Pesuruhjaya negeri, Abdul Wahid Endut.

“Kalau Pusat ada senarai calon mereka untuk Terengganu, saya akan tengok dulu siapa orangnya. Orangnya macam mana.

“Kita tidak ada masalah dengan calon dari Pusat kerana kita boleh bincang. Yang penting kita (PAS) menang.

“Tetapi yang selalu diamalkan ialah PAS negeri menghantar senarai calon ke pusat untuk diluluskan,” kata Abdul Wahid.

“Tetapi kadang-kadang kita ada cadangan calon dan Pusat pun ada cadangan calon dia. Dalam hal ini kita duduk bincang, tidak ada masalah,”katanya.

Manakala Pesuruhjaya PAS  Melaka, Adly Zahari berkata, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah urusan PAS negeri.

Kerusi Parlimen


“PAS Pusat serahkan kepada Melaka untuk menyenaraikan calon kersusi DUN, ini yang diamalkan selama ini.

“Tetapi kerusi Parlimen, mungkin Pusat ada calon sendiri. Mungkin nak letak Datuk Tamrin Ghafar bertanding, kita tengoklah…” kata beliau.

PAS Melaka akan bertanding satu kerusi Parlimen iaitu Masjid Tanah dan 13 kerusi DUN dalam pilihan raya umum ke 13 kelak.

Menurut Adly, 70 peratus PAS di Melaka kali ini adalah muka baru termasuk pegawai-pegawai kerajaan.
“Mereka akan meletakkan jawatan apabila nama mereka dipilih sebagai calon nanti,” katanya.

Tiada ulasan: