Najib Tun Razak berucap pada Himpunan Barisan 1Malaysia di PWTC tengah hari tadi. - Foto Sinar Harian oleh Safwan Mansor
Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden Umno berkata, kerajaan Malaysia tidak boleh menggunakan campur tangan pihak asing bagi menangani masalah dan isu-isu berkaitan dengan sistem pilihan raya di negara ini.
"Jangan kita, negara luar campur tangan dalam negara kita yang mempunyai masa hadapan.
"Jangan bagi malu negara kita dengan meminta campur tangan negara luar sedangkan negara kita telah diiktiraf dunia dan ramai yang merujuk Malaysia dalam masalah pendamaian dan sebagainya," kata beliau ketika berucap pada Himpunan Barisan 1 Malaysia di Pusat Perdangan Dunia Putra di sini, hari ini.
Laporan media Rabu lalu menyebut permintaan bantuan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah ditolak oleh Australia atas alasan tidak mahu mencampuri urusan negara.
Anwar dilaporkan menulis kepada Carr untuk meminta Australia membantu dalam memastikan pilihan raya umum akan datang di Malaysia, yang berkemungkinan diadakan awal tahun depan, bebas daripada penipuan dan rasuah.
Anwar juga dilaporkan memberitahu Carr bahawa beliau menemui bukti tentang penipuan dalam pendaftaran pemilih dan anomali lain dalam menghadapi pilihan raya itu.
Beliau turut mempertikai kebebasan Suruhanjaya Pilihan Raya dan mendakwa pembangkang diketepikan oleh media.
Bagaimanapun, Carr berkata, pilihan raya di Malaysia merupakan urusan rakyat Malaysia sendiri.
Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, jika pembangkang mendapati masih terdapat isu dan masalah berkaitan dengan sistem pilihan raya, kononnya tidak bersih, ia boleh dikemukan dengan menunjukkan bukti kepada pihak berwajib.
"Kalau betul ada pengundi yang didaftar pada umur 12 tahun, minta tampil bagi tahu dan tunjuk bukti, kita akan selesaikan. Jangan tahu menuduh sahaja," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut berkata, pilihan raya adalah cara yang betul untuk mengubah kerajaan.
"Kalau nak ubah kerajaan tunggu pilihan raya, jangan mengadakan demonstrasi keganasan. Jangan ikut contoh Arab Spring, yang banyak kekurangan dari segi peluang pekerjaan, pengangguran dan mendapat tekanan daripada rakyat," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan