| Oleh SELENA TAY |
Harga
barang makanan asas seperti telur telah mengalami kenaikan harga dari
RM2.90 hingga RM3.40 dari pertengahan bulan Ogos tahun ini sampai
sekarang. Apabila harga barang makanan asas mengalami kenaikan yang
mendadak, ini bererti situasi ekonomi negara sudah tidak dapat dikawal
dengan baik.
Pada masa yang sama
juga, saham Felda telah mengalami penurunan dari harga RM5.50 pada bulan
Julai tahun ini hingga ke paras sekitar RM4.70 pada masa kini. Ini
adalah satu tanda yang tidak memuaskan.
Satu
soalan yang juga perlu ditanya ialah mengenai pinjaman sebanyak RM6
bilion yang Felda telah memperolehi dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP). Adakah pinjaman ini sudah dibayar balik dengan penuh? Ini
adalah kerana wang KWSP juga adalah wang rakyat.
Dua
perkara yang berlaku ini iaitu kenaikan harga telur secara mendadak
dan penurunan harga saham Felda juga secara mendadak bukanlah perkara
yang remeh. Jangan sekali-kali menganggap isu-isu ini tidak penting
sebab perkara ini menunjukkan bahawa pengurusan ekonomi dibawah
pentadbiran Perdana Menteri Najib Tun Razak adalah kurang cekap.
Justeru itu, program Transformasi Kerajaan BN yang telah diuar-uarkan oleh PM Najib hanyalah omong-omong kosong sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan