Naib
Presiden PKR Nurul Izzah Anwar didakwa gagal memahami undang-undang
syariah Islam apabila menyentuh isu hak kebebasan memilih agama.Ahli
Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali berkata, Nurul Izzah sepatutnya
memahami Islam secara mendalam sebelum membuat sebarang kenyataan
kerana bimbang boleh menggugat akidah.
“Saya
anggap Izzah budak mentah. Mungkin dia terpengaruh dengan ajaran bapa
(Anwar Ibrahim) yang mendukung amalan pluralisme. Saya minta PAS
tarbiyahkan budak ini,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari
ini.
Beliau
berkata, kenyataan tersebut cenderung untuk meraih keuntungan politik
dan menggesa Majlis Fatwa mengambil tindakan tegas terhadap isu ini.
Nurul
Izzah dalam forum “Islamic State: Which version? Whose responsibility?”
Sabtu lalu dilapor berkata tiada seorang pun boleh dipaksa untuk
menerima ajaran agama tertentu dan perkara itu juga terpakai untuk
orang Melayu.
Namun pemimpin Pakatan Rakyat mempertahankannya dan menganggap kenyataan Nurul Izzah itu telah diputarbelitkan.
Ahli Parlimen PAS-Shah Alam Khalid Samad berkata apa yang cuba disampaikan Izzah adalah kebebasan memeluk Islam atas pilihan sendiri.
Ahli Parlimen PAS-Shah Alam Khalid Samad berkata apa yang cuba disampaikan Izzah adalah kebebasan memeluk Islam atas pilihan sendiri.
“Mesej Izzah adalah jangan anggap kita Islam kerana kita (baka) Melayu. Islam adalah pilihan bukan kerana keturunan,” tegasnya.
Timbalan
Presiden PKR Azmin Ali pula berkata masyarakat beragama Islam di negara
ini masih lagi terikat dengan undang-undang syariah dan itu tidak
boleh dipertikaikan.
“Nurul
Izzah tak nyatakan sedemikan. Dia dah buat penjelasan…itu bagi bukan
Islam kerana kita tak boleh paksa orang bukan Islam masuk Islam,”
katanya.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu pagi tadi mengeluarkan kenyataan menafikan gambaran beliau cuba menggalakkan murtad.
“Saya sama
sekali tidak menggalakkan atau menerima murtad. Saya berpegang pada
pendirian umum sedia ada iaitu setelah memeluk Islam seorang Muslim
tertakluk dengan syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara
tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.
“Saya kesal kerana ada usaha kalangan yang cuba memutarbelitkan kenyataan saya, seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad,” katanya.
“Saya kesal kerana ada usaha kalangan yang cuba memutarbelitkan kenyataan saya, seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan