SHAH ALAM:
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Jumaat berkata, isu
murtad dalam kalangan umat Islam di Selangor antara lain berpunca
daripada kemiskinan dan usaha menanganinya perlu dilaksanakan dengan
bijaksana.
Selaku
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Negeri, beliau berkata, beliau
akan melihat langkah menggabungkan perkhidmatan bantuan Tabung Amanah
Islam dan Lembaga Zakat Selangor supaya kebajikan umat Islam lebih
terjaga.
Beliau
berkata demikian semasa menjawab soalan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali
(Bebas-Gombak Setia) yang bertanya mengenai usaha memurtadkan umat
Islam di Selangor, pada persidangan Dewan Undangan Negeri.
Abdul
Khalid berkata, agensi penguatkuasaan agama Islam di Selangor juga
perlu memantau cara pendakwa agama lain menarik umat Isalam serta
mengkaji kaedah untuk menyelamatkan akidah umat Islam.
Menjawab
soalan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) yang bertanyakan jumlah umat Islam
yang dimurtadkan sejak Pakatan Rakyat memerintah Selangor, Abdul Khalid
berkata, beliau tidak mempunyai datanya memandangkan isu murtad
merupakan isu individu dan keluarga yang tidak dihebahkan.
Bagaimanapun 10 kes berkaitan murtad masih dalam proses mahkamah, katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan