KEADILAN DAILY
KUALA
LUMPUR : Pakatan Rakyat mengulangi hasrat mengadakan himpunan
‘duduk bantah’ di ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di
Putrajaya 12 Disember ini.
Ia bertujuan menuntut kerajaan menyelesaikan masalah kira-kira
300,000 masyarakat India yang masih tidak memiliki kad pengenalan.
Naib Presiden KEADILAN N Surendran berkata, masyarakat India sudah
lama meminta kesengsaraan mereka diakhiri dan dan hak mereka diberi
tapi tidak dilayan pihak berkuasa.
“Ini tanggungjawab Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan sepupunya Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein.
“Mereka sengaja langgar hak (masyarakat India) yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.
“Artikel 14 Perlembagaan Persekutuan nyatakan sesiapa yang lahir di
Malaysia, secara automatik akan jadi warganegara. Jangan cakap mereka
tak tahu,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis berhubung satu lagi kes sama di Balai Polis Jalan Travers, semalam.
Ia melibatkan keluarga Letchumy A/P Suppiah lahir di Tanjung Sepat,
Selangor pada 23 Mei 1943 yang hanya diberi kad pengenalan merah
(penduduk tetap).
Dua anaknya, Sivamalar dan Sarojini pula tidak memiliki sebarang
kad pengenalan hingga menyebabkan Sivamalar tidak bersekolah
manakala Sarojini dihalang dari mendaftar perkahwinannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan