Kelantan mempersoalkan kemampuan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz
Nik Mat untuk menentang calon Barisan Nasional (BN) yang akan
bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.Timbalan Pengerusi
Umno Negeri, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, Nik Abdul Aziz
sentiasa uzur malah sudah terlalu lama memerintah Kelantan dan
dikhuatiri kemampuannya untuk mewakili rakyat.
Bagaimanapun,
Awang Adek berkata, di sebalik kenyataan Nik Aziz yang menyatakan
kesediaannya untuk ditentang mana-mana pemimpin BN pada PRU13 nanti,
beliau menyifatkan itu bukan sesuatu yang luar biasa.
“Memang akan ada calon BN bertanding untuk melawan Nik Aziz pada pilihan raya umum nanti. Yang lebih menghairankan kita Nik Aziz sudah terlalu lama dan sentiasa uzur tapi masih mahu bertanding,” katanya semalam ketika mengulas kenyataan Nik Aziz yang tidak mempunyai masalah untuk berdepan dengan sesiapapun pencabarnya termasuk calon BN.

Katanya,
berikutan keadaan kesihatan Nik Aziz sekarang, malahan ada dalam
kalangan pemimpin Pas sendiri yang menyeru kepimpinan lama berundur dan
memberi laluan kepada barisan pelapis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan