MSO
Bantahan beberapa pemimpin Umno terhadap permintaan Anwar Ibrahim
agar pihak luar memantau perjalanan pilihan raya di negara ini adalah
satu tindakan mundur ke belakang dan secara tidak langsung menyerlahkan
bahawa demokrasi negara ini tidak telus dan masih dibayangi noda-noda
kekotoran. Kenapa harus takut dengan pemerhati dari luar?
Sekurang-kurangnya dua orang pemimpinan Umno setakat ini yang melenting
dengan tindakan Anwar itu, Ketua Pemuda yang tidak diberi kuasa Khairy
Jamaluddin Abu Bakar dan Setiausaha Agung Teuku Adnan Teuku Mansor.
Mereka telah mengkritik langkah Anwar meminta Menteri Luar Australia
Senator Bob Carr agar bertindak sebagai pemerhati kepada proses pilihan
raya di negara ini.
Anwar mendakwa mempunyai beberapa bukti jelas menunjukkan proses pilihan
raya di negara ini tidak berjalan dengan adil dan saksama. Kalau bukti
itu diberikan oleh pemimpin Pas atau DAP mungkin ia boleh ditolak dengan
mudah tetapi, apabila Anwar bekas pemimpin tertinggi Umno yang sering
dikaitkan dengan politik busuk dan hanyir mempertikaikannya tidak siapa
dapat menafikan lagi.
Anwar menyuara apa yang beliau tahu dan mungkin apa yang beliau sendiri merestuinya selama lebih 20 tahun berada di dalam Umno.
Bob Caar dilaporkan telah mendedah bahawa Penasihat Umum PKR itu ada
menulis surat kepadanya agar menjadi pemerhati kepada perjalanan pilihan
umum negara ini yang bakal menjelang awal tahun depan. Bagaimana pun
kata menteri luar berkenaan, beliau menolak kerana urusan pilihan raya
adalah urusan Malaysia sendiri.
Apabila menteri luar itu tidak bersedia untuk menjadi pemerhati
sepatutnya tidak perlu sesiapa membangkitkannya. Sebaiknya pemimpin Umno
atau kerajaan tidak perlu memberi komen negatif terhadap perkara itu
sehingga menampakkan yang mereka terdesak dan takut dengan pilihan raya
umum ke-13 ini, bukannya Anwar sebaliknya pihak Umno. Apakah Umno sudah
sangat cemas akan kedudukannya pada masa kini?
Khairy telah menempelak tindakan Anwar itu sebagai terdesak dan meminta
agar Anwar menghentikan tindakan berkenaan. Alasan diberikan Khairy
seperti alasan biasa digunakan kerajaan UBN, kononnya pemantau luar
tidak diperlukan kerana peranana SPR sudah mencukupi dan badan bebas itu
sudah mempunyai wibawa yang tidak boleh dipertikaikan.
Manakala Teaku Adnan pula menyifatkan usaha Anwar itu sebagai
kesenimbungan kepada ikhtiarnya mendapat sokongan asing untuk membantu
perjuangannya bagi menumbangkan kerajaan UBN. Adnan lalu menyebut
sebelum ini Anwar pernah ke Tukri berjumpa pemimpin negara itu dan
memberi tahu bahawa Malaysia bukan negara Islam.
Baik Khairy maupun Teuku Adnan seharusnya tidak menghalang mana-mana
pemantau luar datang ke negara ini. Dengan bersedia memberi ruang kepada
pemamtau luar ia menunjukkan pihak kerajaan sendiri yakin dengan proses
pilihan raya negeri ini. Tetapi apabila pihak kerajaan sendiri
melenting dan menuduh itu sebagai satu pengkhinatan maka jelas mereka
juga cuba menyembunyikan sesuatu yang busuk dalam proses pilihan raya.
Kalau tidak begitu, masakan mereka berdolak dalih untuk membiarkan
pemerhati menyaksikan proses demokrasi negara ini.
Jika hendak dikira apa yang kerajaan UBN hendak takut sekiranya proses
pilihan raya berjalan dengan betul dan telus? Bukankah dengan adanya
pemerhati asing ia akan menyakinkan lagi rakyat mengenai integriti dan
kredibiliti kerajaan UBN. Sekiranya dalam pilihan raya akan datang UBN
menang besar, tidak akan timbul lagi pilihan raya kotor dan tidak adil
kerana pemantau luar sudah ada. Adalah silap kalau kerajaan cuba
menghalang pemerhati luar datang menyaksikan pilihan raya kita.
Dengannya pemantauan luar, baik pembangkang atau pihak Anwar sendiri
juga tidak dapat menafikan lagi kemenangan UBN nanti adalah kemenangan
mutlak kerana pilihan raya yang diadakan itu di hadapan pemerhati luar.
Selepas ini tidak ada lagi alasan-alasan yang selalu kedengaran sebelum
ini, seperti pilihan barat seblah, bermian atas padang tidak sama rata
dan sebagai tidak akan kedengaran lagi.
Sebaliknya tanpa ada pemerhati sebagai saksi, kalaupun pilihan raya itu
telus dan adil ia akan tetap akan dikatakan tidak adil, kerana pemantau
sebagai saksi kepada "keadilan" itu tidak ada.
Kesimpulannya adalah lebih baik kerajaan membenarkan seberapa banyak
pemantau pilihan raya dari luar datang ke negera ini. Tidak berbangkit
soal Malaysia sudah ada SPR sebagai sebuah suruhanjaya bebas
mengendalikan pilihan raya negara ini. Bukan itu akan menjadi lebih
baik? Selamanya umum sudah mengetahui mengenai ketelusan dan integriti
SPR. Yang nyatanya kerajaan UBN tidak perlu takut kepada pemerhati bebas
sekiranya mereka benar-benar telus dan adil.
Sebaliknya dengan mempertikaikan permintaan Anwar untuk membawa
pemerhati luar itu dengan berbagai alasan ia sudah menampakkan kepada
rakyat jelata bahawa pilihan raya akan datang akan tempang dan ada
sesutau yang hendak disembunyikan oleh parti memerintah. Sesungguhnya
tanpa pemerhati akan memudahkan lagi penipuan dan pengkhianatan
dijalankan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan