KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR: Penyerahan memorandum tuntutan Kor Bekas Anggota Tentera/Perajurit (Kobat) kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, membuktikan bekas tentera lebih menyakini kepimpinan KEADILAN dan Pakatan Rakyat berbanding Umno BN, kata Datuk Fauzi Abdul Rahman.“Umno BN dakwa menjaga kebajikan bekas tentera, tiada sebab mengapa bekas tentera akan beri kepercayaan kepada pembangkang. Jelas hanyalah telahan kosong semata.
“Kenapa kita serahkan memorandum kepada Anwar? Kerana kita yakin dengan kepimpinan beliau. Kita yakin hanya Pakatan boleh merealisasi tuntutan,” kata Pengerusi Kobat Pahang itu kepada Keadilan Daily, hari ini.
Beliau yang juga Pengerusi KEADILAN Pahang itu berkata, perbincangan mengenai tuntutan yang dibangkitkan dalam memorandum akan diadakan dalam masa terdekat.
“Mengikut makluman, memorandum sedang disemak Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution. Selepas selesai, akan ada pertemuan untuk bincang lebih lanjut,” katanya.
Pada 4 November lalu, Anwar menerima memorandum tuntutan Kobat pada ceramah perdana Jelajah Merdeka Rakyat di Taman Seri Mahkota Aman, Kuantan, Pahang.
Ia memuatkan tuntutan berkaitan tiga aspek iaitu dasar dan pentadbiran, latihan dan kerohanian, keselamatan dan logistik agar dapat dilaksanakan setelah Pakatan berjaya ke Putrajaya.
Tuntutan itu boleh dibaca di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan