HALAMAN SANTAI

Jumaat, 9 November 2012

Majlis dan jabatan agama Islam negeri perlu peka penyelewengan agama — Jamil Khir

THE MALAYSIAN INSIDER
 
KUALA LUMPUR— Pelbagai langkah telah diambil termasuk menubuhkan jawatankuasa pemantauan berhubung penyelewengan agama dan kandungan  yang bercanggah dengan ajaran Islam yang disebarkan melalui Internet, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Jamil Khir berkata sebuah jawatankuasa pemantauan terhadap ajaran sesat dan dakyah yang mengganggu-gugat Islam di peringkat negeri telah ditubuhkan dengan dianggotai wakil majlis dan jabatan agama, penasihat undang-undang dan pihak polis di peringkat negeri.

“Jawatankuasa ini bertanggungjawab melihat dakyah-dakyah yang tidak betul terhadap agama Islam,” kata beliau ketika diminta mengulas mengenai beberapa isu melibatkan kesucian Islam termasuk usaha menghidupkan semula ajaran sesat Al-Arqam.

Jamil Khir berkata bagi memantau kandungan-kandungan yang disebarkan melalui internet seperti blog dan YouTube, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri dan Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (SKMM).

Sehubungan itu, beliau mengingatkan ketua pengarah Majlis dan Jabatan  Agama Islam negeri-negeri supaya sentiasa peka mengenai isu-isu berkaitan penyelewengan agama Islam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Khatam Al-Quran Perdana 2012 Murid-Murid Tadika Islam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Masjid Khalid Al-Walid di sini hari ini.

Lebih 1,000 1,033 murid-murid tadika Islam MAIWP dari lima zon iaitu Zon Bandar Tun Razak, Zon Batu, Zon Bangsar, Zon Setapak dan Zon Titiwangsamengambil bahagian. — Bernama

Tiada ulasan: