HALAMAN SANTAI

Jumaat, 23 November 2012

MB janji siasat dakwaan BN beli tanah murah

Ahmad Fadli KC


 
Menteri besar Selangor memberikan komitmen untuk menyiasat dakwaan BN memperolehi 24 keping tanah di Selangor pada harga RM1.4 juta walaupun harga pasaran jauh lebih tinggi.

"Saya bercadang meneliti pemilikan tanah tersebut dan berikan kertas kerja (memperinci) apa yang boleh dilakukan.

"Tapi kuasanya mestilah tertib," katanya sewaktu berucap di Dewan Undangan Negeri petang tadi.

Dakwaan itu mula dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim yang mendakwa tanah seluas 33.5 ekar atau 1,459,260 kaki persegi itu dijual pentadbiran dahulu kepada BN Selangor pada harga RM1 sekaki persegi walaupun harga pasaran dianggarkan RM20 juta.

Hari ini, Ng menyemak semula nilai 24 keping tanah tersebut daripada RM20 juta kepada RM300 juta.

"Izinkan saya buat pembetulan di sini. Tempoh hari saya anggarkan skandal Sapu Tanah 1Malaysia ini RM20 juta.

"Tetapi setelah saya teliti dengan harga pasaran antara RM300 ke RM400 sekaki persegi, paling kurang kalau RM200 kaki persegi, anggarannya tidak kurang daripada RM300 juta," kata di dewan undangan negeri Selangor hari ini.

Tiada ulasan: