SINAR HARIAN
KUALA LUMPUR - Pemain bola sepak Kolej Komuniti Kedah (KKK), Muhammad
Bahiyuddin Razali memohon maaf atas tindakannya mencekik leher pengadil
pada perlawanan akhir Piala Menteri Pengajian Tinggi di Stadium
Universiti Teknoloji Mara (UiTM), Selasa lepas.
Tekanan cukup tinggi untuk cuba menang piala. Saya tidak tahu bagaimana
saya boleh bertindak seperti itu dan saya minta maaf kepada pengadil,
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan semua rakan sepasukan atas
tindakan saya.
"Saya tidak pernah bertindak seperti itu dan saya di luar kawalan
ketika itu. Saya faham dan berharap ia dapat diteliti semula untuk
diberikan hukuman lebih ringan," kata pemain berusia 24 tahun itu ketika
dihubungi hari ini.
Pada perlawanan akhir itu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengalahkan KKK 2-1 dalam masa tambahan.
Pada perlawanan itu, Muhammad Bahyuddin telah dilayangkan kad merah
oleh pengadil Zulkifli Ahmad setelah mengasari pemain UKM Baharom Putra
ketika kedua-dua pasukan itu terikat 1-1.
Dalam pada itu, pengurus pasukan KKK, Muhammad Amirul Abdullah, berkata
Muhammad Bahiyuddin digantung oleh KKK dan tidak dibenarkan menyertai
pasukan itu dalam semua pertandingan sehingga satu keputusan muktamad
dibuat. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan