Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ahmad Fahmi Samsudin berkata, mahasiswa digalak bersama membantu menyumbang wang dan tenaga demi keamanan sejagat.
Beliau berkata, mereka juga mengadakan beberapa program kesedaran di kalangan mahasiswa di universiti sekitar Lembah Klang.
“Malah, kami menganjurkan Forum Lorong Tengah di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak, dengan mengumpul tokoh Palestin untuk ceritakan pengalaman mereka.
“Kami mahu mahasiswa bergerak bersama NGO Islam yang lain mengecam tindakan kejam Zionis daripada terus menyerang dan membunuh masyarakat Islam,” katanya.
Menurutnya, pihaknya akan mengadakan demonstrasi di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumat dan menyeru masyarakat turut sama membantah perbuatan Israel itu.
Setiausaha Agung Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Abdul Halim Ismail berkata, pertubuhan itu turut sokong usaha GPMM dan salur derma daripada pemimpin, ahli dan masyarakat.
“Kami tumpu usaha kumpul dana dan diguna sebaiknya untuk beli barang keperluan dan perubatan apabila sukarelawan ke Gaza 26 November ini,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan