HALAMAN SANTAI

Rabu, 21 November 2012

PECAH BERITA! Rafizi Berlepas Ke Hong Kong Siasat Skandal Musa Aman!

Blog Jalanpulang1978.blogspot.com

Seperti yang dijadualkan, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berlepas ke Hong Kong bersama dengan ahli parlimen Selayang, William Leong, ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian dan ADUN Teja, Chang Lih Kang menerusi penerbangan Air Asia kira-kira jam 625 pagi tadi.

Mereka dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong (HKIA) di Sky Plaza Road kira-kira jam 1015 pagi waktu tempatan (1015 pagi waktu Malaysia) nanti.

Keempat-empat mereka dijadual akan bertemu dengan Pesuruhjaya dan Pengarah Pendakwaan, Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) negara itu esok di ibu pejabat mereka di Java Road, North Point.

Rafizi dan rombongan pemimpin Pakatan rakyat akan menyerahkan maklumat terbaru berhubung penyiasatan skandal membabitkan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman dengan jutawan balak Michael Chia yang didakwa membawa wang tunai RM40 juta dalam matawang Dolar Singapura milik Musa yang dirampas di lapangan terbang tersebut pada 2008.


Selain itu, rombongan tersebut akan memohon supaya satu lagi kertas siasatan dibuka membabitkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Chia ekoran pendedahan anak Nazri menggunakan kenderaan Hummer milik Chia tanpa alasan munasabah.

Nazri dalam jawapan lisan di Dewan Rakyat Oktober lalu mendakwa bahawa siasatan terhadap skandal membabitkan Musa dengan akta penggubahan wang haram sudah ditutup ICAC dan wang RM40 juta tersebut telah diserahkan kembali kepada Chia pada 2011.

Siasatan tersebut tertakluk di bawah Ordinan Pencegahan Rasuah negara itu dan jika terbukti bersalah hukuman berat akan menanti pesalah tertakluk kepada undang-undang sedia ada.

ICAC Hong Kong merupakan antara agensi pencegahan rasuah paling cekap di dunia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencedok model organisasi badan itu semasa ia ditubuhkan pada 2007.

Ditubuhkan pada 15 Februari 1974 semasa pulau itu masih dijajah British, ICAC telah menyelesaikan  lebih daripada 12 ribu kes berkaitan rasuah dan penyalahgunaan kuasa membabitkan ahli politik, kenamaan negara asing dan kini bertindak sebagai agensi tunggal memburu pesalah rasuah terutama kes berprofil tinggi.

Wang RM40 juta yang dibawa Chia sebenarnya dihantar dari Jepun menggunakan akaun dalam talian  dan ditunaikan di Hong Kong sebelum dijangka dibawa ke Malaysia.

Pastinya perkembangan terbaru ini akan membuatkan Musa, Chia malah Nazri sendiri kini panas punggung kerana pendedahan terbaru ini bakal menggemparkan seluruh dunia sekaligus mencalarkan imej perdana menteri Najib Altantuya yang juga terpalit dengan skandal pembelian kapal selam kelas Scorpene bernilai EUR114 juta (RM540 juta) pada 2006.

Tiada ulasan: