HALAMAN SANTAI

Rabu, 7 November 2012

Pemimpin Umno sanggup bertarung di kubu PAS?

Harakahdaily,
KUALA LUMPUR: Jika Presiden PAS sanggup ke mana sahaja yang diputuskan oleh parti, apakah Umno juga sanggup membariskan pemimpin utamanya di mana sahaja yang diputuskan parti mereka termasuk di gelanggang PAS?

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor menyatakan demikian ekoran Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang secara mudah melafazkan kesediaan bertanding di mana sahaja yang diputuskan oleh parti hatta di kawasan Parlimen Pekan, kubu kuat serta lubuk Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, bagi setengah pihak menganggap kenyataan tersebut sekadar gimik politik bagi menghangatkan iklim politik yang sedang membara ini.

Mungkin juga, ujarnya ia hanyalah sekadar mahu mengacah keberanian Perdana Menteri menyahut cabaran Presiden PAS.

“Namun demikian, dari sudut yang lain, kenyataan Presiden PAS adalah sikap sebenar pemimpin gerakan Islam. Ia sebenarnya lebih menyerlahkan jiwa besar dan keterbukaan pemimpin PAS,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, Presidan PAS amat merendah diri, ikhlas dan jujur sebagai pemimpin dan sanggup meletakkan parti sebagai keutamaan dan dan bukan dirinya yang berkuasa apa sahaja meskipun beliau mempunyai kata pemutus sesuatu dasar.

Katanya, Presiden PAS mengajar ahli dan pimpinan lainnya untuk patuh dan akur kepada apa juga keputusan jemaah sekalipun ianya tidak menguntungkan individu sebagai ahli atau pemimpin.

Tiada ulasan: