Beliau berkata selepas pilihan raya 2004, Umno bukan sahaja berhadapan dengan tohmahan pembangkang yang melabelkannya sebagai parti kronisme, elitis dan korup.
Malah terpaksa berhadapan dengan bekas anggota parti yang kecewa apabila gagal meraih kedudukan politik semasa bersama Umno hingga menjadi manusia yang 'angkuh hati' dan sanggup menyebarkan persepsi buruk mengenai parti.
Beliau berkata demikian kepada Bernama dalam temu bual eksklusif di
Ibu Pejabat Umno di sini sempena Perhimpunan Agung Umno yang akan
berlangsung dari 28 Nov hingga 1 Dis di Pusat Dagangan Dunia Putra
(PWTC) di sini.
Perhimpunan Agung Umno tahun ini akan dihadiri 2,759 anggota
perwakilan, manakala Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan
Puteri selama dua hari akan bermula 27 Nov, dan setiap sayap parti itu
di wakili 991 perwakilan.
Tengku Adnan berkata walaupun menghadapi kesukaran berdepan 'lawan'
itu, beliau optimis imej parti telah dan akan menjadi lebih baik melalui
usaha pemulihan yang dilaksanakan termasuk transformasi politik yang
dicetus Perdana Menteri yang juga Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun
Razak.
Beliau berkata bekas anggota Umno yang menyebarkan persepsi negatif
terhadap parti itu perlu menilai diri mengapa mereka tidak berjaya dalam
Umno.
"Yang kecewa, keluar parti kita tahu. Bila tak berjaya dalam parti dia keluar. Cuba dia fikir kenapa dia tak berjaya dalam Umno. Mesti ada sebab. Jangan fikir mereka disekat, ditekan," tegasnya.
Tengku Adnan berkata sebagai kerajaan, Barisan Nasional yang ditunjangi Umno tidak terlepas daripada membuat kesilapan tetapi kepimpinan baru di bawah Najib telah melaksanakan pelbagai pembaharuan untuk memperbaiki kekurangan yang ada.
"Saya tak kata, sebagai kerajaan, kita ini sempurna...memang ada kesilapan-kesilapan yang dibuat tapi kita dapat lihat pemimpin baru kita Datuk Seri Najib sedang dan telah buat perubahan. Kita mahu bergerak ke hadapan, kita tidak mahu kembali ke belakang. Bagi dia peluang," katanya.

Menyentuh mengenai Perhimpunan Agung Umno, beliau turut
mengingatkan perwakilan supaya tidak menjadikan perhimpunan itu sebagai
platform untuk menonjolkan diri dan menarik perhatian pucuk pimpinan
untuk dipilih sebagai calon pilihan raya.
Tengku Adnan berkata rasa teruja untuk berbahas juga perlu dikawal
supaya apa yang diucap tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak.
Beliau berkata pembahas bebas menyentuh apa sahaja isu di bawah topik ucapan dasar presiden, ekonomi, politik, agama dan pendidikan tertakluk kepada garis panduan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Usul yang dipengerusikan Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Kita tak larang sebab Jawatankuasa Usul akan berbincang dengan
mereka (pembahas) dan akan beri satu panduan kerana kadang-kadang ada
orang yang akan jadi ghairah bila dapat mikrofon.
"Kita juga minta perwakilan jangan terlalu hendak menonjolkan
diri memandangkan pilihan raya yang semakin hampir. Ini mungkin akan
jadi masalah tapi kita akan cuba bendung," katanya.
Tengku Adnan berkata perwakilan perlu menumpukan ucapan mereka mengenai kepentingan mempercayai dasar Umno yang memperjuangkan semua kaum dan bukan hanya menjadi payung kepada orang Melayu.
Beliau berkata pembahas juga perlu peka terhadap persepsi yang dilemparkan pembangkang terhadap Umno dan memasukkan peringatan dalam perbahasan bahawa parti itu tidak menjanjikan kekayaan kepada individu tetapi memperjuangkan kepentingan rakyat. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan