MALAYSIA KINI
Sepasukan 15 anggota polis datang ke pejabat Malaysiakini berhubung siasatan terhadap surat pembaca berkaitan kenyataan kontroversi Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara
Surat yang disiasat itu ditulis oleh Steve Oh dan diterbitkan di Malaysiakini Isnin lalu dengan tajuk Nurul's watershed idea for the nation.
Pasukan dari ibupejabat polis
Mereka turut disertai anggota unit forensik dari ibupejabat polis Cheras.
Mereka beredar sekitar jam 6.50 petang tanpa mengambil apa-apa
dari pejabat Malaysiakini. Bagaimanapun, mereka akan kembali esok untuk siasatan lanjut.
Ketua Pengarang Kumpulan, Steven Gan menyifatkan kedatangan
mereka sebagai "satu lagi kes intimidasi dan gangguan".
Malaysiakini diserbu pihak polis pada tahun 2003 dan 19 komputer dirampas, juga kerana sepucuk surat kepada editor yang ditulis oleh seorang pembaca.
Bagaimanapun, tiada pertuduhan difailkan dan kes itu akhirnya ditutup.
VIDEO l 2.03 min
Tiada ulasan:
Catat Ulasan