Ada satu peribahasa Cina iaitu 'semut dalam seluar' yang digunakan untuk
merujuk kepada orang yang selalu suka buat kacau dan suka menyusahkan orang lain tanpa apa-apa sebab yang munasabah.
merujuk kepada orang yang selalu suka buat kacau dan suka menyusahkan orang lain tanpa apa-apa sebab yang munasabah.
Pihak
lawan boleh dikatakan umpama 'semut dalam seluar' kerana seringkali
mengungkitkan isu-isu remeh untuk mengganggu pentadbiran Pakatan Rakyat
di negeri-negeri Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.
Selain dari itu, pihak lawan juga suka mencipta isu palsu. Rekaan isu palsu ini semuanya mempunyai niat yang jahat oleh pihak yang memang tidak bertanggungjawab.
Walaubagaimanapun,
isu-isu remeh yang sentiasa dipaparkan dalam media arus perdana juga
akan menjadi seperti isu yang besar manakala isu yang palsu apabila
sentiasa diulangi akan menjadi seolah-olah ia adalah benar.
Inilah
bahayanya propaganda pihak lawan. Oleh itu, para pengundi khasnya dan
rakyat Malaysia amnya digesa supaya janganlah termakan dakyah pihak
lawan.
Rakyat Malaysia harus bijak berfikir supaya tidak akan dipengaruhi oleh propaganda yang memukau ini.
Propaganda
pihak lawan akan memesongkan kita dari landasan yang benar dan oleh
itu langkah yang paling baik ialah untuk kita tidak mempedulikannya
langsung - baca pun tidak, tengok pun tidak, bahkan dengar pun tidak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan