| Harakahdaily, |
KUALA LUMPUR: Sebanyak 35,807 telah mengundi dalam Sistem Undian Online R, dan terdapat 5,710 undi rosak/berulang tidak dikira dalam tempoh 24 jam sejak ia dilancarkan 3 Disember semalam.
Menurut blog R Tuntut Royalti www.royaltikelantan.com, undian yang sah adalah 30,097 undian sahaja, 28,062 dari mereka menyokong dan 2,133 membantah.
Sebanyak 93% iaitu 28,062 undi pengguna media baru
Facebook di Malaysia menyokong Kerajaan Kelantan mendapat royalti gas
dan minyak.
Terdapat 2,133 undi yang membantah mewakili 7% daripada undian online tersebut.
Keputusan ini memberikan gambaran bahawa pengundi media
baru yang majoritinya adalah anak muda lebih cenderung menyokong
tuntutan royalti Kerajaan Kelantan berbanding dengan pihak yang menolak.
Strategi kempen NGO R dalam menggunakan media baru
sebagai platform kempen dan penerangan rasmi disamping sokongan media
cetak adalah sangat berkesan bagi mendekati rakyat Kelantan.
Peningkatan pengguna internet negara ini dijangka
meningkat daripada 47% kepada 73% menjelang akhir tahun ini hasil
daripada kajian ERICSSON ConsumerLab adalah memberikan impak signifikan
kepada kempen media baru yang lebih agresif.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan