KELAB GREENBOC
Seri Anwar Ibrahim mendedahkan Umno
BN sedang mereka-reka video fitnah baru terhadapnya atau pimpinan
Pakatan Rakyat, menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.
“Saya diberitahu ada video baru. Dulu muka macam Anwar (tetapi) perut
buncit. Sekarang tidak, muka macam Anwar, perut pun dah (di)kempis(kan).
“Politik sampai macam itu,” katanya kepada lebih
5,000 anak muda dalam program Jelajah Merdeka Rakyat Anak Muda di
Petaling Jaya malam tadi.
Namun, Ketua Umum KEADILAN itu yakin rakyat lebih cerdik dan tidak mudah
termakan dengan setiap fitnah yang dijaja juak-juak Umno BN.
“Saya yakin, Insya-Allah. Kita akan (dapat) lalui (dengan baik). Orang
tanya kenapa saya yakin kita boleh menang? Saya kata: Apa kamu ingat
rakyat bodoh?
“Rakyat di bawah, (yang) kerja kilang, buka gerai (dan) pendidikan
(sekadar) tingkatan tiga dan lima tak semestinya bodoh. Sebab hati
mereka bersih. Mereka mencari kebenaran,” katanya.
Pada 21 Mac 2011, trio ‘Datuk T’ – bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri
Rahim Tamby Chik; ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah dan bekas
Bendahari Agung Perkasa, Datuk Shuib Lazim menayangkan video fitnah seks
kepada wartawan arus perdana di Hotel Carcosa Seri Negara.
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhi mereka hukuman denda RM5,500 kerana menayangkan video lucah di tempat terbuka.
Video itu terbukti rekaan semata-mata berikutan pelakon watak Anwar,
perutnya buncit, selain beberapa kelemahan lain termasuk rambut yang
lebih panjang sedangkan sehari sebelumnya rambut Anwar, pendek.
Malah, KEADILAN juga membukti video yang menyerupai mana-mana watak
sebenar boleh dihasilkan di Thailand apabila Ahli Parlimen Sungai
Petani, Johari Abdul ‘diubah suai’ menjadi P Ramlee. -KD

Tiada ulasan:
Catat Ulasan