"Kami fikir Rosmah perlu menjawab pendedahan Deepak, dia tidak harus hanya berdiam diri.
Deepak, antara lain, mendakwa Rosmah meminta bantuannya untuk mendapat penyiasat persendirian P Balasubramaniam membuat akuan bersumpah (SD) kedua, untuk menyangkal SD pertama yang mengaitkan perdana menteri dengan warganegara Mongolia Altantuya Shariibbuu.
Bagi tujuan ini, Lee berkata, Pemuda PKR telah dicetak poskad khas untuk isteri perdana menteri, yang memaparkan kartunnya dengan perkataan Tanya Rosmah dan tiga soalan dalam ruang dialog.
Ianya berbunyi: Benarkah sumpah Najib yang menyatakan tidak kenal Altantuya? Benarkah Deepak diarah untuk paksa PI Bala batal akuan bersumpah yang kait hubungan Najib dengan Altantuya? dan Kenapa hingga sekarang diam diri daripada sebarang komen selepas pendedahan Deepak?
Lee berkata cetakan pertama 50,000 poskad yang dilancarkan di Petaling Jaya semalam, akan diedarkan di pantai barat.
Menurutnya, lebih banyak lagi akan dicetak kemudian untuk diedarkan ke seluruh negara dan pada perhimpunan mega Pakatan Rakyat pada 12 Januari.
"Orang ramai boleh menulis soalan mereka sendiri pada poskad tersebut apa yang mereka mahu tanya kepada Rosmah dan kami akan mengumpulnya pada 12 Januari dan menghantarnya kepada beliau.
"Mereka juga boleh mengeposkannya sendiri," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan