KUALA LUMPUR:
PAS meminta semua rakyat menghukum kerajaan Barisan Nasional (BN)
Pusat pula dalam pilihan raya umum akan datang setelah menghukum
kerajaan BN Selangor dalam pilihan raya umum lalu.
Ketua Penerangan
PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, langkah ini perlu untuk
membolehkan rakyat negara ini turut menikmati apa yang telah dinikmati
oleh rakyat Selangor sekarang selepas mereka menghukum kerajaan BN
Selangor dalam pilihan raya lalu.
Umno
Selangor baru-baru ini mengakui kesilapan lampau mereka yang lalu dan
menegaskan bahawa rakyat Selangor telahpun menghukum mereka, oleh itu
tidak perlu untuk dibangkitkan isu-isu lama.
Mengulas
kenyataan yang dibuat oleh Penyelaras BN Selangor Mohamad Zain Mohamad,
Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata hukuman
rakyat kepada Umno-BN di Selangor adalah satu tindakan yang tepat.
Ini
kerana, hasil tindakan ini telah membebaskan mereka untuk menikmati
kualiti hidup yang lebih baik, kebajikan rakyat dan peningkatan sumber
hasil negeri hasil daripada pemerintahan Pakatan Rakyat.
“Oleh itu, kini sampai pula giliran rakyat menghukum kerajaan Pusat yang juga diterajui oleh kerajaan Umno-BN.
“Untuk
menikmati ‘pembebasan’ dan kenikmatan manis yang dirasai rakyat yang
berada di negeri Pakatan Rakyat, rakyat perlu bangkit menghukum kerajaan
pusat pula,” kata beliau kepada Harakahdaily.
Tuan
Ibrahim berkata permohonan maaf Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
tidak cukup untuk rakyat mengembalikan sistem negara yang telah parah
ini.
Umno-BN,
katanya, akan mengulangi kesilapan yang sama kerana dasar dan
kepimpinan mereka tetap kekal di takuk lama menyebabkan permohonan maaf
Najib tidak mampu menyelesaikan sebarang masalah.
“Walaupun
menerima kemaafan sikap terpuji, bukanlah bermakna kita perlu serahkan
negara kepada Umno-BN. Berapa ramai orang memohon maaf, tetapi
mengulangi semula kesilapan lampau?” tegas Pesuruhjaya PAS Pahang itu.
“Apa lagi
kerajaan yang korup, salah guna kuasa, menzalimi rakyat dengan
pelbagai sistem yang menekan rakyat sendiri, merompak wang royalti
negeri Kelantan dan pelbagai kesalahan lagi. Kini sampailah giliran
rakyat menghukum kerajaan Pusat di atas kesalahannya,” tegas Tuan
Ibrahim.
Setelah
ditekan dengan isu-isu membolot tanah dengan harga murah, Mohamad Zain
telah meminta supaya DAP tidak mengungkit isu-isu lama terhadap BN
Selangor kerana BN telah pun di hukum oleh rakyat Selangor pada
pilihanraya 2008 yang lalu.
Zain berkata “rakyat telah pun menghukum kami dan tidak usahlah mengungkit-ngungkit perkara lama.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan