THE MALAYSIAN INSIDER
Katanya beliau optimis rakyat tidak akan memperjudikan
masa depan kepada pihak pembangkang, sebaliknya rakyat kini dilihat
semakin yakin dengan kerajaan BN untuk terus menerajui negara bagi
mencapai wawasan negara maju.
“Alhamdulillah, sekarang rakyat (dilihat) bertambah yakin
dengan kerajaan Barisan Nasional, undi satu untuk BN adalah adalah satu
undi untuk masa depan, (kalau) undi pembangkang, (masa depan) tidak
menentu,” katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra dan minum
petang bersama pemimpin setempat Dewan Undangan Negeri kawasan Pulau
Manis di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Damai, di sini, hari
ini.
Perdana Menteri (gambar) berkata kerajaan BN adalah kerajaan yang sentiasa prihatin dengan setiap masalah yang dihadapi rakyat.
“Kalau rakyat susah, kerajaan prihatin, wang ehsan
(bantuan untuk rakyat misalnya) baru permulaan, nanti kita akan bagi
lagi, ini adalah konsep kerajaan Barisan Nasional,” katanya.
Najib berkata Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) misalnya,
dapat diberikan kepada rakyat kerana kerajaan dapat menguruskan kewangan
negara dengan baik.
“Kalau kita tidak rancang secara sistematik, kita tentu
akan dapat hasil yang mengecewakan, pihak pembangkang katanya nak buat
perubahan, adakah perubahan itu baik atau lebih buruk, tidak semua
perubahan akan lebih baik tapi mungkin kekecewaan,” katanya.
Najib berkata negara Malaysia sebenarnya telah mencapai
satu kejayaan tertentu yang setaraf dengan negara maju yang diiktiraf
negara-negara luar dan badan-badan tertentu.
“Ini kita dapat lihat dari segi tadbir negara, agenda
transformasi telah beri keyakinan kepada dunia dan daya saing kita
mengikut pihak yang buat penarafan, Malaysia adalah antara 14 buah
negara yang setaraf dengan negara-negara maju,” katanya.
Beliau berkata kisah kejayaan negara dalam pelbagai bidang
bukanlah sesuatu yang boleh dinafikan, sebaliknya ianya terbukti
menerusi pengiktirafan oleh syarikat-syarikat besar dan antarabangsa.
“(Contohnya) Tadi terbang (menaiki pesawat ke Kuantan)
dengan AirAsia sebab saya nak bagi sokongan kepada syarikat yang
jenamanya sudah sampai ke peringkat internasional, (dahulu), dua flight
uzur (berusia) 11 tahun dulu, kini (AirAsia) ada 145 pesawat, (dahulu)
250 penumpang, kini 38 juta (penumpang), ini adalah kejayaan yang patut
kita banggakan,” katanya.
Beliau berkata fasa pertama pembinaan projek Aliran
Transit Massa (MRT) misalnya, yang dijangka siap pada akhir 2016, juga
adalah antara contoh kejayaan negara dan kejayaan kerajaan BN dalam
mengurus dan mentadbir negara ini.
“Semalam saya lihat pelaksanaan MRT, saya bangga, bangga
anak muda kita adalah jurutera dan terlibat dalam projek besar, ia
(projek MRT) akan letak Kuala Lumpur sebagai bandar raya maju di dunia,
45 peratus (projek berkenaan) dikendalikan syarikat-syarikat tempatan,”
katanya.
Hadir sama pada majlis yang dihadiri 1,000 orang itu ialah anggota DUN Pulau Manis, Khairuddin Mahmud. — Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan