HALAMAN SANTAI

Isnin, 7 Januari 2013

Umno 'Perkudakan' Agamawan Seleweng Ruh Sebenar 'Amanat'

 Wartawan Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/konvoi%20C4R.jpgMARANG - Isu bahaya sekularisma, yang memisahkan antara politik dan agama merupakan perkara utama yang ditekankan dalam ucapan Presiden PAS 30 tahun lalu yang kemudian di anggap sebagai 'Amanat Haji Hadi' oleh sesetengah pihak.

Menurut Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Mohd khalil Abdul Hadi, serangan fahaman sekular merupakan isu yang dihadapi oleh dunia Islam, bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia.

"isu bahaya sekularisma yang ditekankan dalam Amanat tersebut, (sekular) yang memisahkan antara politik dan agama adalah merupakan satu isu yang dihadapi oleh dunia Islam,

"semenjak daripada kejatuhan kerajaan Isma yang terakhir diTurki,jadi (isu itu) bukan sahaja di Malaysia,"ujarnya.

Beliau berkata terdapat fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan oleh para ulamak dunia Islam seperti as-Sheikh Abdul Aziz bin Baz, bekas Mufti negara Arab saudi.

[Gambar - Ustaz Khalil dan Timbalan Pnegerusi 'R' Terengganu Haji Ahmad Amzad bergambar dengan peserta tunggal 'R' Kuala Terengganu yang akan berkayuh bersama 'R' Kelantan dalam program Cycle For Royaltu - C4R]

Menurutnya, ulamak tersebut telah mengeluarkan fatwa bahawa sekularisma adalah merupakan satu ajaran bercanggah sama sekali dengan ajaran Islam.

Beliau menegaskan dalam apa yang dipanggil Amanat tersebut, tidak langsung menuduh mana-mana individu atau orang-orang Umno sebagai 'kafir' atau terkeluar dari Islam.

Namun, beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Marang berkata, ia lebih merupakan amaran kepada umat Islam supaya tidak terjerumus ke dalam bahaya sekularisma.

Ustaz Khalil berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelepasan konvoi 'Berbasikal Untuk Royalti' (Cycle For Royalti - C4R), kumpulan anak-anak muda yang mengayuh basikal bagi menuntut royalti, di perkarangan Masjid Rusila ddi sini, pada Sabtu 5 Disember.

Oleh itu, beliau berkata 'ruh' dari Amanat itu adalah memberi peringatan agar umat Islam menghindari dan menyelamatkan diri dari perkara-perkara yang menyelewengkan umat Islam dari aqidah Islam sebenar.

Namun begitu beliau kesal kerana Umno telah menggunakan kepentingan mereka dan telah 'memperkudakan' golongan agamawan bagi mencapai matlamat 'politik'.

"Malangnya, Umno menggunakan isu ini untuk kepentingan mereka, dan kita merasa sangat sedih dan dukacita dengan sikap agamawan dalam Umno dan kerajaan yang diperkudakan oleh pemimpin Umno untuk memainkan isu ini,"jelasnya

Tiada ulasan: