Abdullah Zaik Abdul Rahman
Presidennya, Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, usaha Isma membuat pengisian, penambahbaikan serta pembetulan yang diperlukan.
"Yang menjadi cabaran sebenarnya ialah kesediaan umat untuk melaksanakan Islam dalam kehidupan mereka dan kekuatan politik yang mengizinkan kita melaksanakan dasar mengikut al-Quran dan Sunnah.
"Sebab itu perjuangan Isma sentiasa mengimbangi tuntutan mewujudkan kekuasaan politik Islam yang berwibawa dengan penekanan kepada isu urus tadbir walaupun ia juga sangat penting," kata beliau dalam ucapan dasarnya pada Mesyuarat Agung Tahunan Isma ke-13 di Kelana Jaya hari ini.
Katanya, akibat tidak wujud kekuatan politik Islam yang hakiki pihak asing berani mengambil kesempatan ke atas kepentingan kita.
Jadi perjuangan politik Isma ada dua aspek iaitu buat perubahan dan pengisian yang memerlukan masa yang panjang, kehendak yang tinggi dan kesabaran yang mantap, dan mengukuhkan kekuasaan politik yang boleh menghalang musuh dari mengambil kesempatan atas kelemahan politik umat Islam untuk mencapai tujuan dan ketamakan mereka.
Kata Abdullah Zaik, apabila Isma menyeru kepada perpaduan dan persepakatan bermakna pihaknya menuntut semua pihak yang mewakili umat Islam bersepakat dalam hal mempertahankan identiti negara sebagai negara Islam yang mana Islam tertegak di dalamnya dan maruah umat Islam terbela.
Jelas beliau, ada pun persoalan berkaitan tingkah laku maka perlu diselesaikan secara perbincangan dan bermuzakarah.
"Perbalahan politik sesama umat Islam jangan sampai jadi seperti pertentangan dengan musuh Islam.
"Sekali lagi Isma berpendapat bahawa perbalahan politik sesama umat Islam tidak mengharuskan kerjasama dengan bukan Islam sehingga mengakibatkan kekuasaan umat Islam musnah," kata beliau lagi.
Beliau yang turut menyentuh perkembangan berkaitan 'Arab Spring' berkata, "saya berpendapat bahawa 'Arab Spring' adalah satu proses semula jadi.'
"Ia bukan perubahan Islam dan bukan juga perubahan liberal secara total, walaupun Islam dan liberal ada peranan dalam isu ini.
"Mungkin penyebab utama ialah tekanan hidup yang sudah tidak tertanggung oleh masyarakat di negara Arab," katanya lagi.
Sehubungan itu kata beliau, Isma tidak melihat idea mengimport revolusi ke Malaysia munasabah, lebih-lebih lagi keadaan di negara dunia Arab berbeza dari segi posisi gerakan Islam yang lebih dominan berbanding gerakan liberal.
"Justeru Isma menolak sama sekali keinginan mana-mana pihak untuk mengimport arab spring ke Malaysia," katanya.
Mengenai perubahan kerajaan, Abdullah Zaik berkata, Isma menerima konsep pertukaran kuasa secara aman.
"Bagaimanapun Isma berpendapat bahawa penukaran kuasa pemerintahan hendaklah dilakukan berdasarkan pertimbangan fiqh siyasi bukan semata-mata mengikut proses demokrasi.
"Fatwa perlu dikeluarkan oleh ulama yang muktabar samada pertukaran kerajaan dalam kes seperti hari ini harus atau sebaliknya berdasarkan pertimbangan antara maslahah dan mudhorat," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan