Pilihan
Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi disifatkan paling sengit dalam
sejarah negara.Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah
berkata, beliau mahu rakyat membuat keputusan bijak bagi memilih wakil
rakyat mereka sama ada bagi kerusi Parlimen atau Dun.
Beliau turut
menasihati rakyat jangan mudah mendengar khabar angin yang boleh
mengurangkan tumpuan terhadap pengundian, kerana ia penting untuk masa
depan.
“Paling penting, kita fokus kepada penilaian calon yang bertanding untuk membuat keputusan mengundi,” katanya.
Beliau
berkata demikian ketika berucap pada majlis Mesra Bersama Sahabat
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Parlimen Gua Musang di Dewan Bukit
Chekati dekat sini, petang semalam.
Hadir
sama, Adun Nenggiri, Mat Yusof Ab Ghani; Adun Paloh, Datuk Nozula Mat
Diah; Adun Galas, Ab Aziz Yusof dan Lembaga Perwakilan Sahabat AIM
Cawangan Gua Musang, Zanariah Ab Rahim.
Tengku Razaleigh juga Ketua Umno bahagian berkata, sahabat AIM juga adalah dalam kalangan peniaga kecil yang bertuah kerana mudah mendapat pinjaman daripada badan berkenaan.
Tengku Razaleigh juga Ketua Umno bahagian berkata, sahabat AIM juga adalah dalam kalangan peniaga kecil yang bertuah kerana mudah mendapat pinjaman daripada badan berkenaan.
Katanya,
sebelum ini memang sukar peniaga kecil mendapat pinjaman berikutan
syarat ketat dikenakan institusi kewangan di negara ini.
“Kerajaan
membuat pendekatan dengan mewujudkan cawangan AIM seluruh negara kerana
menganggap ia penting bagi membantu peniaga kecil menambahkan modal.
“Hasilnya
seperti yang kita lihat sekarang ini apabila bertambah ramai peniaga
kecil dapat membesarkan perniagaan mereka selepas mendapat pinjaman
daripada AIM,” katanya.
Tengku
Razaleigh juga sebelum ini melaporkan sebagai mengambil pendirian
menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti bagi menentukan sama ada beliau
layak bertanding atau sebaliknya sebagai calon Barisan Nasional (BN)
pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Beliau
berkata, pucuk pimpinan di Kuala Lumpur sahaja yang boleh membuat
sebarang keputusan tetapi walau apapun keputusan, beliau tetap akan
bekerja kuat sepanjang masa untuk menentukan kemenangan BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan