Sultan
Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mempunyai kuasa menolak
permohonan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk
membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu bagi membolehkan pilihan
raya diadakan.
Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam
Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood
berkata, Sultan Selangor mempunyai kuasa budi bicara untuk tidak
memperkenankan permohonan Abdul Khalid sebagai Ketua Eksekutif di
negeri itu bagi tujuan berkenaan.
“Berdasarkan
sistem Raja Berperlembagaan, Ketua Negara iaitu Yang di-Pertuan Agong
atau Ketua Negeri iaitu raja atau sultan mempunyai kuasa budi bicara
dalam soal pembubaran Parlimen atau DUN.
“Agong
atau sultan boleh untuk tidak bersetuju dengan cadangan Perdana Menteri
atau Menteri Besar berdasarkan alasan dan pertimbangan tertentu
mengikut budi bicara mereka,” katanya.
Bagaimanapun
Nik Ahmad Kamal berkata secara amalannya, agong atau sultan akan
memberi perkenan untuk membubarkan Parlimen atau DUN sekiranya wujud
permohonan daripada Ketua Eksekutif.
“Dalam kes
Selangor, sekiranya Sultan Selangor enggan bersetuju sudah pasti ia
akan menimbulkan satu konflik Perlembagaan dan menjadi ‘precedent’
kerana ia berlaku di luar amalan dan kebiasaan.
“Tambahan
pula berdasarkan situasi semasa apabila tempoh matang DUN Selangor
hampir tamat pada April nanti. Jadi pastinya akan menimbulkan masalah
sekiranya permohonan untuk dibubarkan DUN ditolak,” katanya.
Selain itu
Nik Ahmad Kamal yang juga Penasihat Undang-Undang Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia berkata, jawatan Yang di-Pertuan Agong adalah
berasaskan konsep Raja Berperlembagaan atau Constitutional Monarchy
yakni raja yang sentiasa kena mematuhi nasihat Jemaah Menteri atau
salah seorang yang mewakilinya (biasanya Perdana Menteri) seperti yang
dikehendaki Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan.
Bagaimanapun Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya bagi melaksanakan tiga fungsi iaitu melantik seorang Perdana Menteri; tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen dan meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata berkenaan dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dan apa-apa tindakan pada mesyuarat itu.

Peruntukan
yang sama dimasukkan dalam Perlembagaan Negeri menerusi Jadual Kelapan
Perkara 71 sebagai peruntukan tetap yang menyentuh mengenai kuasa budi
bicara seorang sultan.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Abdul Khalid bahawa Kerajaan Selangor sedia membubar DUN pada akhir Februari ini iaitu selepas sambutan Chap Goh Mei, jika Kerajaan Pusat tidak membubarkan Parlimen pada waktu itu nanti.

Sementara
itu, peguam hak asasi manusia, Syahredzan Johan berpendapat Abdul
Khalid tidak mempunyai saluran undang-undang sekiranya wujud situasi
apabila Sultan Selangor menolak permohonannya untuk membubarkan DUN.
“Saya
tidak dapat lihat secara realistiknya cara lain untuk Menteri Besar
Selangor membubarkan DUN sekiranya baginda tidak membenarkannya.
“Perkara
ini mungkin boleh dibawa ke mahkamah, tetapi saya tidak rasa ianya
sesuatu yang Kerajaan Selangor ingin lakukan. Saya juga tidak yakin
sama ada keputusan akan berpihak kepada mereka,” katanya yang juga
Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang Perlembagaan Majlis Peguam
Malaysia.
Sumber: Mstar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan