HALAMAN SANTAI

Jumaat, 1 Mac 2013

Anwar: Umno main sentimen kaum untuk laga-lagakan Pakatan Rakyat

Oleh Aliff Fikri

LUKUT : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam keras sentimen perkauman Umno untuk pecah belah rakyat demi pertahan kuasa politik.

Ketua Umum KEADILAN berkata, tindakan itu kerana Umno cemas kekuatan dan sokongan rakyat yang melimpah terhadap Pakatan Rakyat.

Katanya, fitnah perkauman dijadikan senjata Umno supaya rakyat takut jika negara ditadbir kerajaan baru pada pilihan raya nanti.

pd 1

“Dia (Umno BN) kata orang Melayu marah pada Cina. Dia beritahu pada orang kampung bahawa PAS sudah tidak Islam lagi,” kata Anwar pada Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina di Tokong Batu 3, Lukut, malam tadi sempena Jelajah Merdeka Rakyat ke Negeri Sembilan.

Beliau menempelak fitnah Umno melaga-lagakan kaum Melayu dan Cina supaya rakyat takut pemerintahan Pakatan Rakyat.

“Anwar ini sudah gila nak jadi Perdana Menteri. Dia jual negara ini kepada Cina. Itu yang dia beritahu orang Melayu. Jadi orang Melayu fikir kalau Pakatan menang contohnya di Negeri Sembilan habis kafir semua, itu yang dia (Umno) tanamkan.

“Saya jawab, saya orang Pulau Pinang, saya punya Ketua Menteri adalah Lim Guan Eng dari DAP. Dulu Ketua Menteri kita Cina, sekarang pun Cina, tapi Guan Eng dia baik, tak curi tanah, tak curi kontrak.

Negeri dia jaga dengan baik, wang pun lebih banyak,” kata Anwar di hadapan hampir 4,000 hadirin.

Anwar 1

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, asas kukuh kemakmuran Pulau Pinang berdasarkan peruntukan Ketua Menteri kepada semua kaum.

“Statistik menunjukkan semasa pentadbiran Umno BN, peruntukan agama Islam Pulau Pinang adalah sebanyak RM12.5 juta.

“Tapi di bawah Pakatan dengan Guan Eng sebagai Ketua Menteri, RM64 juta diberikan,” kata Anwar.

“Adakah dia tolong orang Cina saja? Orang Melayu pun dapat…Yang lulus mengaji Quran dapat elaun lebih. Buat apa kita gaduh, pemimpin mesti adil,” katanya disambut tepukan hadirin.

Tiada ulasan: