HALAMAN SANTAI

Rabu, 27 Mac 2013

Di Amerika artis perkenal calon, di Malaysia PM perkenal artis

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: DAP membayangkan Pakatan Rakyat (PR) akan berjaya menubuhkan Kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Ini memandangkan sokongan yang ditunjukkan rakyat kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) terbukti gagal memenuhi aspirasi mereka menjadi kerajaan yang telus dan berwibawa malahan terpalit dengan pelbagai skandal dan penyelewengan amanah negara.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menganggap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai penakut sebab itu rakyat Malaysia berhak memiliki seorang Perdana Menteri yang berwibawa, berani mempertahankan demokrasi, kedaulatan rakyat dan negara, lapor Roketkini.

“Adakah ini bermakna Najib adalah seorang yang ‘takut kalah dan takut mati’? Kita nak Perdana Menteri yang berani lawan dan berani hidup!

“Kenapa sampai sekarang Najib tidak bubar Parlimen? Negeri Sembilan sepatutnya menjadi negeri pertama pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) tapi tak bubar lagi,” katanya di hadapan ribuan hadirin di Temiang, Seremban, malam tadi.

Kit Siang anggap Najib penakut kerana mencatat rekod sebagai Perdana Menteri paling lama tidak mendapat mandat rakyat berbanding beberapa Perdana Menteri sebelum ini.

“Najib guna segala helah untuk terus jadi Perdana Menteri, dia gunakan artis, jemput Psy datang ke Pulau Pinang dan Jackie Chan ke Kuantan.

“Kalau di Amerika artis memperkenalkan calon Presiden pilihan mereka tetapi di Malaysia Perdana Menteri memperkenalkan artis. Ini sangat memalukan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur.

Tiada ulasan: