MALAYSIA KINI
Datuk
Seri Najib Razak menyifatkan kematian tokoh ilmuwan Islam, Dr Uthman
El-Muhammady semalam sebagai kehilangan besar kepada negara dan umat
Islam.
Perdana Menteri berkata sumbangan Allahyarham dalam dunia intelektual Islam begitu tinggi apabila menghasilkan banyak penulisan berkaitan ketamadunan Islam yang tersebar di seluruh dunia.
"Antara jasa semasa hayatnya, Allahyarham begitu konsisten, tegas dan sering mempersoalkan isu-isu semasa berkaitan fahaman sesat termasuk pluralisme," kata Najib dalam kenyataan malam ini.
"Saya mengucapkan takziah (buat keluarga) atas pemergian Dr Uthman El-Muhammady...Saya sekeluarga berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama para syuhada, solihin, sahabat dan para anbiya," katanya.
Uthman,70, yang juga Tokoh Maal Hijrah 2005 dan pakar dalam bidang pemikiran Islam, meninggal dunia malam tadi di kediamannya di Persiaran Duta di Kuala Lumpur.- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan