| SABAH KINI |
TUARAN
: Angkatan Muda Keadilan N.10 Sulaman telah Berjaya menganjurkan
program “Hapuskan Rasisme, Rakyat Bersatu ke arah Negara Sejahtera.”
Bermula pada Sabtu
lepas, 23 Mac dengan aktiviti-aktiviti seperti pertandingan futsal,
pertandingan autoshow dan Bintang Idola Reformasi dan acara berakhir
pada ahad semalam dengan majlis penutupan dan penyampaian hadiah
bertempat di Restoran Transit, Lok Batik Tuaran.
“Tujuan
program ini diadakan adalah untuk mengajak rakyat bersama-sama untuk
menghapuskan isu perkauman serta mengeratkan silaturrahim lagi sesama
kita.
"Di
samping itu kita memberikan pemahaman kepada rakyat bahawa ini juga
salah satu perjuangan Pakatan Rakyat,” menurut Faizal Derasik, Ketua AMK
Sulaman.
Ditambah
pula dengan Penyelaras Program, Rashida Kamal berkata, “Bagi kami anak
muda, kami melihat rasisme adalah satu jenayah. Dan kita akan pastikan
rasisme ini dihapuskan, sesiapa sahaja yang mewujudkan sentiment
perkauman, kita akan lawan. Walaupun dalam kalangan orang Pakatan Rakyat
sendiri.”
“Kami
berharap selepas ini, tidak akan ada lagi laungan KDM untuk KDM, Bajau
untuk Bajau, Cina untuk Cina, India untuk India, Bugis untuk Bugis,
Suluk Untuk Suluk, dsb.. Kita rakyat Sabah ini sangat kaya dengan
pelbagai kaum, sama-sama hidup berkongsi di bumi Sabah yang bertuah lagi
kaya. Selagi kita tidak bersatu, selagi itulah akan ada pihak yang cuba
mengambil kesempatan ke atas negeri kita,” katanya bagi pihak AMK
sukarelawan Tuaran, Muhammad Ashaari Jaafar.
|

Tiada ulasan:
Catat Ulasan