Editor BULETIN
Timbalan Pesuruhjaya Wilayah Pesekutuan Ahmad Zamri Khuzaimi mempersoalkan, bagaimana Tun Daim boleh mengangkat Najib sedangkan Transformasi gagal memerangi rasuah, khususnya terhadap pemimpin-pemimpin negara serta skandal-skandal lain yang memalukan negara.
Menurutnya, tidakkah Tun Daim mendengar tentang berita tentang Kapal Selam Scorpene, model Altantuya yang mati dengan misteri, kisah lembu RM250 juta dan banyak lagi yang tidak dapat diselesaikan pada zaman Najib.
"Belum pernah terjadi seorang Perdana Menteri dikaitkan dengan skandal besar seperti skandal komisen kapal selam Scorpene bernilai RM 500 juta yang sedang dibicarakan di mahkamah Perancis. Belum pernah juga terjadi para pembantu dan pengawal peribadi PM disabitkan dengan hukuman bunuh model Mongolia, Altantuya Shaaribu sehingga dihukum mati,"ujar Ahmad Zamri dalam kenyataan yang dihantar kepada pihak media.
Katanya, memang lumrah tindakan Daim sebagai pemimpin Umno, 'masuk bakul angkat sendiri' mengangkat pemimpin sendiri dengan menghentam pemimpin Pakatan Rakyat dan sebaliknya sekiranya Daim memuji Datuk Seri Anwar dan Pakatan Rakyat dengan menghentam Datuk Seri Najib, maka ia adalah suatu berita menggemparkan yang tidak akan dimuatkan dalam ruangan media utama negara.
Beliau yakin, rakyat sudah cukup matang, bijak dan tahu siapakah pemimpin yang layak diberikan mandat atau ditolak dalam PRU ke 13.
"PM sudah diberi tempoh empat tahun untuk melaksanakan segala janji dan pembaharuan. Tempoh empat tahun sejak 2009 sehingga 2013 sudah cukup untuk melihat segala hasil tangan beliau. Hendak uji apa lagi?,"tambahnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan