"Saya rasa itulah yang saya pelajari daripada pengalaman saya dalam PAS ini bahawa semua krisis, semua pertelingkahan dan semua salah faham boleh diselesaikan dengan baik, dengan bijaksana melalui musyawarah yang menjadi teras dalam perjuangan PAS itu sendiri.
Inilah, menurutnya, suatu yang sangat dinamik dan menggambarkan bahawa PAS adalah sebuah parti yang sangat mementingkan dan meraikan pelbagai pandangan kerana perbezaan pandangan dapat dirumuskan melalui musyawarah dalam jemaah.
"Mereka yang tak puas hati perlu berfikir panjang, jangan nanti terasing dan makin jauh dari perjuangan. Inilah yang perlu difahami oleh setiap pemimpin dan ahli parti dan yang telah dilalui PAS sejak lebih 6 dekad ini," ujarnya dalam wawancara eksklusif Harakah bersama beliau pada 18 Ogos lalu, bagi menjawab beberapa pertanyaan termasuk perasaannya setelah mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat ditangguhkan pada 17 Ogos lalu.
Antara pertanyaan lain pula termasuklah mengenai keadaan dalam PAS sama ada berlaku perpecahan atau sebaliknya, ekoran kemelut penggantian Menteri Besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail seperti yang telah diputuskan KeADILan sebelum itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan