SHAH ALAM – Semangat perjuangan parti harus terus dilakukan oleh semua
pemimpin dan ahli walaupun PKR mungkin bukan parti yang sempurna.
Berkata dalam Persidangan Kongres Nasional Keadilan ke-10 hari ini, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjelaskan, semua pihak harus mencontohi perjuangan pimpinan PKR yang dahulunya bermatian berjuang tanpa putus asa demi menegakkan dan meneruskan pembelaan terhadap rakyat.
“Kalau kita fikir kita boleh, Insya-ALLAH boleh.. Kita tawakal sahaja. Kalau kita dapat, kita teruskan. Jadikan ia sebagai satu amanah untuk kita pegang dan kita teruskan.
“Kita dah buat pemilihan (pimpinan) di peringkat parti, walaupun pemilihan kita tidak sempurna, dengan insiden Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Johari Abdul sakit mata, ada pengawas pula melanggar disiplin dan terpaksa dihadapkan ke lembaga disiplin. Tetapi intipati dan teras perjuangan parti tetap diteruskan,” katanya.
Dalam pada itu, penyandang baru bagi jawatan Naib Presiden parti tersebut, Rafizi Ramli menyarankan ahli yang menyalahkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu Menteri Besar Selangor supaya keluar daripada parti sekiranya tidak berpuas hati.
"BN dan Umno salahkan Datuk Seri Anwar perkara biasa. Kalau kita nak salahkan Datuk Seri Anwar juga, cari parti lain. Yang menyalahkan Datuk Seri Anwar ini sama seperti bersekongkol dengan BN yang menyerang parti ini.
"Mengkitik boleh tetapi biar ada adabnya. Bukan mengkritik dengan kritikan yang meletakkan kita sama dengan Umno dan BN," katanya.
Justeru, Wan Azizah menyeru kepada semua pihak supaya bergabung tenaga dan bersatu kekuatan demi menggerakkan jentera parti ke arah perancangan seterusnya.
“Jadi sekarang ini kita perlu buat pilihan yang betul. Kita perlu hidupkan parti Keadilan Rakyat..
“...Sarawak menunggu, Pengkalan Kubor menunggu,” katanya.
Beliau berkata demikian mengulas kerusi Dun Pengkalan Kubor yang kosong ekoran penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia akibat kanser Rabu lalu.
Wan Azizah juga berkata demikian bagi mengulas mengenai perancangan PKR membantu rakyat negeri Sarawak dan Sabah yang didakwa dianaktirikan oleh kerajaan serta dibelenggu kemiskinan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan