Persatuan Hindraf Malaysia (PHM) mendakwa pelajar bukan Melayu dinafikan tempat mereka di universiti awam walaupun mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
Ketua PHM P Waytha Moorthy justeru menyalahkan pihak berkuasa atas dakwaan “terus memangsakan pelajar bukan Melayu”.
Dalam kenyataannya hari ini, beliau juga membangkitkan bagaimana MARA dan pihak berkaitannya menawarkan lebih 30,000 kerusi setiap tahun hanya untuk Bumiputera melalui pelbagai program.
“Sejak penubuhannya, MARA melahirkan lebih 7000,000 graduan, dengan lebih 500,000 pelajar menerima tajaan pendidikan, lebih 200,000 pelajar mendapat pinjaman perniagaan daripada MARA daripada tahun 1951 hingga 2012, dan 150,000 pelajar MARA menerima latihan keusahawanan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan