KUALA LUMPUR - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menasihatkan orang
ramai dan penumpang menggunakan KLIA dan klia2 memastikan mereka tiba
tepat mengikut waktu dijadualkan di lapangan terbang itu pada hari
istiadat penghormatan penerimaan jenazah MH17, Jumaat ini.
MAHB berkata istiadat itu dijadual bermula kira-kira 6 pagi dan berakhir kira-kira 1 tengah hari dan membabitkan jalan-jalan utama menghala ke dan dari KLIA dan klia2.
Istiadat itu akan berlangsung di Kompleks Bunga Raya KLIA.
"Orang ramai juga dinasihatkan tidak meletakkan kenderaan di sepanjang jalan utama masuk dan keluar KLIA dan klia2 bagi memastikan trafik berjalan lancar bagi istiadat berkenaan," kata MAHB dalam kenyataan hari ini
Ia berkata MAHB akan bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memastikan trafik berjalan lancar dan mengurangkan kesulitan kepada penumpang dan mereka yang menggunakan lapangan terbang tersebut. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan