HALAMAN SANTAI

Isnin, 25 Ogos 2014

Orang Melayu jangan gelojoh jual tanah

 
Pemilikan tanah bagi golongan bumiputera penting bagi menjamin masa depan generasi akan datang dan mengelak golongan berkenaan ’mengemis’ di tanah sendiri.


Datuk-Seri-Adnan-Yaakob



KUANTAN : Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menasihati orang Melayu agar tidak terlalu gelojoh menjual tanah yang dimiliki bagi memastikan pemilikan tanah golongan berkenaan tidak jatuh ke tangan pihak luar.

“ Pemilikan tanah bagi golongan bumiputera penting bagi menjamin masa depan generasi akan datang dan mengelak golongan berkenaan ’mengemis’ di tanah sendiri.

“Orang kita kalau ada benda semua nak jual. Ada tanah, sikit-sikit nak jual. Baru dapat kelulusan (pejabat tanah) hari ini, esok dah nak jual.

“Walaupun kita ada tanah yang tidak dibangunkan, jangan jual,” katanya.

Terdahulu, Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad pernah menulis dalam blog beliau menjual tanah ibarat dapat duit percuma. Tetapi duit yang didapati akan hangus dibelanja. Akhirnya duit pun hilang tanah pun hilang. Penjual akan jadi papa kedana.

“Di zaman ini dengan teknologi dan modal yang banyak terusan seperti Selat Tebrau pun boleh ditebus guna sepenuhnya. Nilai tanah ini tentulah amat tinggi, lebih tinggi dari belanja menebusguna. Sedikit sebanyak usaha ini sudah dilakukan.

“Tak mengapalah kita dapat duit banyak. Pinggir hutan amat selesa. Kalau kita ternampak sebagai penumpang di negara sediri, itu pun tak mengapa. Selagi boleh jual negara sendiri apa salahnya menjadi penumpang,” tulis Tun M dengan makna yang penuh mendalam.

Tiada ulasan: