HALAMAN SANTAI

Rabu, 20 Ogos 2014

Pegawai MB nafi terlibat dokumen ‘Langkah Kajang’

 
“Menjejaskan nama baik dan reputasi saya sebagai warganegara yang bertanggungjawab”.


Azrul_Azwar_Ahmad_Tajudin_03112013_600_399_100PETALING JAYA: Pegawai Tugas-Tugas Khas Ekonomi dan Kewangan Menteri Besar Selangor, Azrul Azwar Ahmad Tajudin menegaskan bahawa beliau tidak tahu-menahu atau mempunyai sebarang kaitan dengan perancangan Langkah Kajang atau mana-mana intipati lain yang terkandung dalam dokumen setebal tujuh halaman itu.

Menurutnya, dokumen tersebut telah membuat dakwaan bahawa beliau dan Insititut Rakyat akan bekerjasama dengan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor dan ISIS dalam melancarkan serangan ekonomi dengan peruntukkan dana sebanyak RM1.5 juta bagi kempen melumpuhkan ekonomi Malaysia.

“Saya menggesa semua pihak berkuasa agar segera menjalankan siasatan secara menyeluruh dan terperinci bagi mengenalpasti siapakah dalang dan apakah tujuan sebenar pihak yang tidak bertanggungjawab di sebalik fitnah dan tohmahan ini.”

“Dan siapakah yang menjejaskan nama baik dan reputasi saya sebagai warganegara yang bertanggungjawab,” katanya dalam satu laporan polis yang telah dibuat pada jam 1.55 tengah hari di Balai Polis Travers.

Jelasnya, beliau turut memaklumkan bahawa beliau secara rasmi tidak ada kaitan dengan Institut Rakyat berkuatkuasa 1 April tahun ini.

“Laporan polis ini dibuat untuk membersihkan nama saya daripada sebarang dakwaan tidak berasas dan berniat jahat akibat dokumen tersebut,” ujarnya.

Tiada ulasan: