Perjanjian penstrukturan semula industri air Selangor-Pusat mungkin tidak akan terjejas dengan pertukaran menteri besar, kata Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Wan Azizah, yang dipilih Pakatan Rakyast untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim bagaimanapun berkata, PKR masih belum melihat dokumen itu.
“Saya rasa perjanjian telah ditandatangani, dan kami perlu melihatnya dulu kerana pada masa ini ia (bawah) Akta Rahsia Rasmi.
“Kita mesti lihatnya terlebih dahulu. Jika sudah ditandatangani dan perjanjian muktamad, kamu tidak boleh buat apa-apa kerana kamu tidak mahu pembayar cukai terpaksa membayar untuk itu (membatalkannya),” katanya kepada Malaysiakini.
Perjanjian air, termasuk persetujuan dengan projek mega loji rawatan Langat 2, juga antara bahagian penting dalam dokumen pembongkaran 91 halaman yang digunakan PKR sebagai hujah untuk menukar Khalid.
Bagaimanapun, Wan Azizah tidak mendedahkan pendekatannya dalam menguruskan isu air di Selangor sekiranya dilantik sebagai menteri besar kelak.
Sikap yang sama juga diambilnya apabila ditanya tentang projek kontroversi Lebuh Raya Kinrara Damansara (Kidex) serta rampasan lebih 300 naskhah Bible berbahasa Melayu yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
"Kita akan bincangkannya apabila masanya tiba," katanya.
Khalid terlalu 'jaga' duit
Sementara itu, kelihatan amat kecil apabila mengenakan blazer berwarna hitam sempena Hari Perkabungan Negara, Wan Azizah kedengaran cukup tegas dan pasti apabila berbicara tentang satu perkara.
Menurutnya, beliau akan membelanjakan wang tersebut dalam melaksanakan 'khidmat' buat rakyat dan ia akan diuruskan oleh sekumpulan penasihat yang akan bekerja berdasarkan konsep pengurusan Islam iaitu 'syura'.
Penasihat itu termasuklah ketua umum PKR merangkap suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini merupakan penasihat ekonomi Selangor.
Wawancara dijalankan oleh Aidila Razak, Kow Gah Chie dan Ahmad Fadli KC.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan