HALAMAN SANTAI

Selasa, 5 Ogos 2014

Polis Saman 100 Pemandu Bas Kilang Halang Lalu Lintas Di CIQ

RAKYATNEWS


alt



JOHOR BAHARU - Polis mengeluarkan 100 saman kepada pemandu bas kilang yang menghalang lalu lintas di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar, di sini, 1 Ogos lepas berikutan perlaksanaan kadar tol baharu.

Timbalan Ketua Polis Daerah II, Johor Baharu Selatan, Supt. Mohd Nadzir Ghulam Kadir berkata, kesemua mereka yang meletakkan kenderaan di bahu jalan utama terbabit akan disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Mereka ini (pemandu bas kilang) sengaja beredar membawa kunci dan meninggalkan bas sebelum kemudian berkumpul beramai-ramai.

"Perbuatan ini kemudian menimbulkan kesusahan kepada pengguna jalan yang lain dan orang awam sehingga ada yang terpaksa berjalan kaki ke Singapura," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 bagi melakukan siasatan terperinci berhubung kejadian terbabit.

Tiada ulasan: