Polis hanya menjalankan tugas apabila menyiasat kes-kes tertentu bawah Akta Hasutan kerana undang-undang wujud, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah.
Mazlan berkata mereka hanya penguatkuasa undang-undang yang bertindak mengikut arahan.
Menyentuh kes seorang pelajar yang disiasat bawah akta itu selepas menekan “like” pada Facebook “I Love Israel”, Mazlan berkata, siasatan dibuat selepas laporan polis dibuat pelajar itu selepas menerima ancaman daripada beberapa guru ekoran tindakannya itu.
“Jika ada pihak tertentu tidak mahu Akta Hasutan, mereka boleh bangkitkannya melalui ahli parlimen masing-masing di parlimen,” kata Mazlan.
Mazlan berkata demikian ketika sesi taklimat berkaitan Semakan Berkala Sejagat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) di Pulau Pinang hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan