HALAMAN SANTAI

Rabu, 6 Ogos 2014

Tiong sedia terajui parti Dayak

 
Terdapat pihak yang tidak mahu orang Cina menjadi presiden SPDP.

tks


KUCHING: Ahli Parlimen Bintulu, Tiong King Sing mengisytiharkan bahawa beliau bersedia untuk mengambil alih kepimpinan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) semasa perhimpunan tiga tahun sekali (TGA) di Bintulu pada Oktober ini jika semua ahli menginginkannya.

“Saya dengar banyak khabar angin yang menuduh saya ingin merampas kerusi presiden. Tidak perlu saya menjadi presiden untuk membantu rakyat,” kata Tiong yang juga merupakan Duta Khas Asia Tenggara selain menjadi Pemangku Presiden SPDP.

Beliau juga mengesahkan bahawa terdapat usaha untuk menghalang beliau dari menjawat jawatan tertinggi apabila terdapat pihak yang mengatakan bahawa orang Cina tidak boleh menjadi Presiden parti Dayak.

“SPDP berdaftar sebagai parti pelbagai kaum di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS). Ia bukan parti sebuah komuniti,” katanya yang memandang serius hal ini.

Tiong menjelaskan bahawa parti turun padang di “kawasan parlimen untuk memberitahu perkara yang sebenar kepada ahli”.

Beliau juga menambah TGA yang akan datang bakal menentukan hala tuju parti dan membuang imej Dayak untuk menjadi parti pelbagai kaum.

“Oktober ini, kita akan membenarkan ahli menentukan siapa yang ingin dijadikan pemimpin dan calon untuk bertanding di lapan buah kerusi untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) yang diramalkan pada 2016,” jamin Tiong.

Lapan kerusi terbabit ialah Krian, Tasik Biru, Meluan, Pakan, Bekenu, Marudi, Batu Danau dan Ba’kelalan.

Teras, yang diterajui oleh bekas Presiden SPDP dan Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi, William Mawan Ikon sejak Mei lepas tetap mempertahankan Pakan, Bekenu, Batu Danau dan Tasik Biru.

SPDP yang mempunyai tiga ahli parlimen mendakwa mempunyai 97,000 ahli berdaftar.

Teras yang di terajui William, juga Wakil Rakyat Saratok, pula mendakwa mereka sudah mempunyai 10,000 ahli berdaftar.

Tiada ulasan: