shahbudindotcom
Di
ketika mengatakan Pas bersedia menghadapi kemungkinan hilang tiga
jawatan Exco dalam kerajaan negeri Selangor berikutan tetap mahu
meletakkan calon di Sungai Besar, Presiden Pas, Hadi Awang dalam masa
yang sama seperti masih mengharapkan perkara itu tidak menjadi kenyataan
akhirnya.
Ini
berikutan beliau berkata, soal kedudukan Exco adalah urusan kerajaan
negeri, malah perlantikan juga harus mendapat perkenan Sultan.
Hadi
Awang menambah lagi, "kalau benar pun dia (Azmin) nak minta Exco letak
jawatan, soal perlantikan Exco ialah urusan kerajaan negeri manakala hal
meletak calon dalam pilihanraya adalah urusan parti."
Apa maksud dan tujuan Hadi Awang berkata demikian?
Adakah
beliau cuba memberi gambaran bahawa Azmin tidak berhak meminta tiga
Exco Pas tersebut meletak jawatan dengan sesuka hati kerana ia perlu
mendapat perkenan Sultan terlebih dahulu?
Dalam
hal ini, adakah Hadi Awang seolah-olah ingin terus meletakkan wakil
rakyatnya bergayut kepada jawatan dalam kerajaan negeri meskipun membuat
keputusan yang berbeza dengan keinginan Menteri Besar yang juga turut
disetujuinya menerajui Selangor?
Apa
yang Hadi Awang faham sebenarnya apabila mengatakan, "soal perlantikan
Exco ialah urusan kerajaan negeri manakala hal meletak calon dalam
pilihanraya adalah urusan parti?"
Adakah
beliau bermaksud sesebuah parti boleh membuat tindakan yang berbeza
dalam hal parti walaupun duduk bersama dalam kerajaan negeri?
Bukankah
apabila duduk bersama dalam kerajaan negeri, sesebuah parti itu juga
perlu seiring dan senada dengan parti rakan yang lain kerana
melaluinyalah terbentuknya sebuah kerajaan?
Jika
Pas begitu terbuka dan membenarkan perbezaan, mengapa dalam Pas sendiri
tidak membenarkan perbezaan apabila ada yang dipecat apabila cuba
berbeza pendapat?
Maknanya,
jika ingin berbeza sangat dengan kehendak Azmin yang menjadi Menteri
Besar Selangor di mana Pas adalah salah satu komponennya, tidakkah lebih
terpuji jika Hadi Awang bertindak mengarahkan tiga Exco Pas di Selangor
meletakkan jawatan terlebih dahulu?
Kenapa
masih berbelit-belit dengan berselindung di sebalik kata-kata tentang
kuasa Sultan, perlantikan Exco adalah urusan kerajaan negeri, hal calon
urusan parti dan sebagainya?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan