shahbudindotcom
Setiap
hari ada saja tangkapan berkaitan rasuah berlaku di negara kita dengan
jumlah wang tunai, barang kemas, beg tangan atau simpanan di bank yang
dirampas agak memeranjatkan kita semua.
Tetapi,
daripada tangkapan melibatkan pegawai rendah sehinggalah kepada seorang
Ketua Setiausaha baru-baru ini, malangnya kita masih belum mendengar
ulasan Najib Razak selaku Perdana Menteri dan ketua negara mengenainya.
Ketika
tangkapan demi tangkapan dilakukan SPRM, Najib sebaliknya lebih teruja
memperkatakan mengenai Leo, kucing baru yang dimilikinya.
Di
Thailand, negara tetangga kita, mereka kini sedang dalam proses
menguatkuasakan hukuman mati bagi penjawat awam yang didapati bersalah
kerana rasuah.
Cadangan
yang dijangka akan diputuskan esok itu adalah sebagai langkah mengekang
gejala rasuah di kalangan penjawat awam yang semakin membimbangkan.
Di
negara kita, melihat kepada trend tangkapan demi tangkapan melibatkan
penjawat awam kebelakangan ini, termasuk yang tidak didakwa, tetapi
menjadi perbualan umum mengenai kesahihannya, rasanya ramai yang mulai
bersetuju agar hukuman lebih berat sehingga dihukum mati, sepatutnya
turut dijatuhkan bagi kesalahan rasuah berat.
Hukuman
denda dan penjara jelas tidak lagi menakutkan bagi pelaku rasuah yang
semakin tamak dan haloba. Untuk itu, negara kita juga seharusnya
melangkah ke arah hukuman mati sebagai pengubat kepada rasuah yang boleh
menghancurkan negara itu.
Apa
kata jika Najib yang selama ini hanya berdiam diri mengenai rasuah,
menjadi yang pertama menyokong langkah Thailand itu sambil menimbang
untuk melaksanakannya juga di negara kita?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan