HALAMAN SANTAI

Selasa, 31 Januari 2017

Annuar dakwa tidak tahu apa sebab digantung jawatan, tiada diminta penjelasan?

MALAYSIA DATELINE
 
 
Tan Sri Annuar MusaTan Sri Annuar Musa

Tan Sri Anwar Musa baru sahaja dimaklumkan mengenai penggantungan jawatannya yang dibuat oleh Ahli Majlis Amanah Rakyat (Mara) hari ini.

Di lapan facebooknya beliau menulis:"Kira- kira sejam lalu saya menerima panggilan telefon daripada Ketua Pengarah Marah Datuk Ibrahim Ahmad dan Ahli Majlis Marara Datuk Dr Yusof Yaacob, memaklumkan bahawa mereka telah mengadakan mesyuarat khas atas restu Yb Menteri KKLW (Datuk Seri Ismail Sabri).

"Saya dimaklumkan messyuarat yang dipengerusikan Datuk Dr Yusof itu telah mengambil keputusan menggantung saya serta merta sebagai Pengerusi Mara dan Pengerusi Pelaburan Mara Bhd.

"Saya sekarang berada di luar negara atas urusan rasmi Mara," ujarnya.

Annuar memaklumkan beliau ketika diberitahu tentang penggantungan jawatannya itu baru sahaja selesai bermesyuarat dengan Kolej Yayasan Saad dan Queenstown Recreational College (Otago Unversity) dan beliau keesokannnya dijadual bertemu Timbalan Canselor Universiti Auckland sebelum pulang ke tanah air pada Khamis ini.

"Program ini akan saya batalkan kerana menghormati penggantungan ini.

"Saya tidak tahu menahu hal mesyuarat khas ini dan saya juga belum mendapat maklum apa isunya kerana setakat ini saya tidak pernah di minta apa-apa penjelasan oleh sesiapa baik AHli Majlis atau YB Menteri," ujarnya.

Annuar turut berkata beliau dijadualkan akan mengadakan mesyuarat dengan ahli majlis itu pada 14 Febuari depan dan beliau bercadang untuk berbincang isu-isu berkaitan.

"Tetapi nampaknya YB Menteri telah memberi consent untuk mesyuarat khas diadakan lebih awal dan tanpa kehadiran saya.

"Sebagai penjawat jawatan yg dilantik oleh menteri saya menerima apa saja secara berlapang dada dan penuh tanggungjawab terutama dalam rangka menjalankan tugas yg di amanahkan kepada saya.

"Prinsip integriti dan amanah insyaAllah sentiasa saya utamakan," ujarnya yang berkata, akan membuat kenyataan selanjutnya minggu hadapan.

"Biar segalanya tenang dulu dan tidak perlu terburu-buru.Terima kasih kepada semua. Salam Hormat," ujarnya mengakhiri tulisannya.

Hari ini Majlis Amanah Rakyat (Mara)  menggantung tugas pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa, berkuat kuasa serta-merta.

Jawatan Annuar sebagai Pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB) turut digantung.

Dengan itu, semua tugas Annuar di agensi berkenaan kini dipangku Ahli Majlis Mara, Datuk Dr Yusof Yacob.

Difahamkan keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat tergempar yang bermula sejak jam 9 pagi tadi di Ibu Pejabat Mara, di Kuala Lumpur.

Tiada ulasan: