shahbudindotcom
Menepati
seperti yang dimaklumkan oleh Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa
sebelum ini, mesyuarat MT UMNO semalam memang membincangkan mengenai
penyertaan parti itu dalam perhimpunan Akta 355 anjuran Pas pada 18
Februari depan.
Namun, apa yang peliknya UMNO masih tidak dapat membuat keputusan sama ada akan menghadiri perhimpunan tersebut atau sebaliknya.
Kata
Najib Razak, UMNO hanya akan membuat keputusan tentang perhimpunan Akta
355 anjuran Pas itu selepas memperhalusi aspek undang-undang berkaitan
dengannya.
Sehubungan itu, tambah beliau, UMNO belum boleh lagi memutuskan sama ada akan menyertai atau tidak perhimpunan tersebut.
Saya akan buat ulasan nanti. Kita sedang halusi segala aspek Akta 355 itu, bagi masa sikitlah, ujar Najib lagi.
Apa yang Najib dan UMNO mahu kaji lagi Akta 355 itu dari segi undang-undang?
Kenapa pula baru sekarang mahu mengkajinya?
Mengapa kajian dari aspek undang-undang tidak dilakukan sebelum ini?
Bukankah
UMNO dan kerajaan sudah memberi kebenaran atau laluan kepada Pas
membawa usul itu dan turut bersetuju kemudiannya bahawa pembentangan
seterusnya di Parlimen akan dilakukan oleh wakil kerajaan?
Malah
Ahmad Maslan pernah menyebut, oleh kerana usul itu akan diambil alih
oleh kerajaan, maka wajib semua Ahli Parlimen BN menyokongnya?
Jadi, mahu dikaji apa lagi?
Kalau
usul sudah dipersetujui sehingga ke peringkat itu, kenapa mahu melihat
aspek undang-undang terlebih dahulu sebelum memutuskan hadir atau tidak
dalam perhimpunan berkaitan usul itu?
Adakah
idea mahu mengkaji daripada aspek undang-undang itu hanya timbul
selepas Presiden MCA, Liow Tiong Lai baru-baru ini memberi amaran bahawa
pembentangan Akta 355 itu hanya akan menyebabkan BN berpecah?
Adakah kajian akan dilakukan juga kiranya MCA tidak memberi amaran?
Akhirnya, mungkinkah ini tanda awal Pas akan kena "kencing" sekali lagi?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan