HALAMAN SANTAI

Rabu, 25 Januari 2017

Sarawak PKR tak akan bertanding di Tanjung Datu

 
Pengerusi PKR Sarawak berkata parti pembangkang mempertimbangkan keadaan itu secara keseluruhan sebelum membuat keputusan untuk tidak bertanding dalam PRK berkenaan.
 
 
barubian-pkr


KUCHING: Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian berkata parti itu tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Datu kerana memilih untuk fokus kepada persediaan pilihan raya umum akan datang.

Adun Ba’Kelalan itu pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di sini hari ini berkata legasi Tan Sri Adenan Satem turut memberi kesan terhadap keputusan itu.

“Kami rasa kami tidak akan bertanding di Tanjung Datu. Asasnya ia cara untuk memberi penyandangnya, Datuk Abang Johari dan kerajaan negeri, peluang menjalankan dan melaksanakan inisiatif Adenan.

“Kami mahu melihat ia dilaksanakan dalam tempoh beberapa bulan atau tahun,” katanya pada sidang akhbar yang diadakan selepas mesyuarat parti.

Beliau berkata mereka sedar kemungkinan akan ada pandangan yang menentang apabila mereka tidak bertanding di Tanjung datu.

“Kami juga mahu melihat perkara itu dengan gambaran lebih besar. Secara politiknya tidak perlu ada pertandingan kerana kami mahu fokus kepada PRU14,” katanya merujuk kepada PRU akan datang yang perlu diadakan selewatnya Jun tahun depan.

Tiada ulasan: