HALAMAN SANTAI

Jumaat, 27 Januari 2017

TPM alu-alukan tangkapan SPRM terhadap pesalah rasuah

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Kerajaan membuka ruang seluas-luasnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terbabit dalam gejala rasuah.
 
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan amat mengalu-alukan tindakan proaktif SPRM dalam menjalankan pelbagai kes siasatan rasuah termasuk terhadap ahli-ahli politik.
 
“SPRM bukan hanya setakat ‘diperundangkan’ tetapi mempunyai kuasa mutlak untuk memburu sesiapa sahaja sama ada ahli politik, ahli perniagaan atau pemegang-pemegang syarikat,” katanya.
 
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis pemakaian pangkat Kehormat Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) kepada 38 ahli Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.
 
Dalam perkara berasingan, Ahmad Zahid yang merupakan Ahli Parlimen Bagan Datuk memberitahu, gerakan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menjatuhkan kedudukan beliau di Parlimen Bagan Datuk adalah didalangi parti pembangkang.
 
“Usaha (menjatuhkan) bukan dari dalam apatah lagi parti komponen Barisan Nasional (BN). Memang jadi tugas pembangkang untuk menjatuhkan mana-mana calon BN tapi di Bagan Datuk, mereka gunakan NGO dan kumpulan untuk tentukan saya ‘tercabut’ dari akar sokongan.
 
“Saya mengingatkan parti komponen BN sebelum ini yang kita bukan saja perlu mempertahankan diri tetapi bersiap siaga menghadapi apa jua serangan yang menggunakan organisasi dan induvidu tempatan untuk merobek segala sokongan kepada ahli BN yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14),” katanya.
 
 

Tiada ulasan: