HALAMAN SANTAI

Khamis, 26 Januari 2017

'Tiada pembalakan di Lojing sejak 10 tahun lalu'

MALAYSIAKINI


Kerajaan Kelantan sudah membekukan kegiatan pembalakan di Lojing, Gua Musang kira-kira 10 tahun lepas, kata Yayasan Amanah Tok Kenali (YTK).

Timbalan pengarahnya Rosli Abdullah berkata tiada lagi pembalakan di situ, kecuali kegiatan pertanian sayur-sayuran, lapor Harakahdaily.

“YTK juga membangunkan kawasan pertanian di kawasan seluas 600 ekar di Pos Jedip dengan kerjasama syarikat swasta.

“Kerajaan negeri juga merizabkan kawasan seluas 30 ekar kepada penduduk Orang Asal di kawasan itu di samping menyediakan bantuan lain,” beliau dipetik sebagai berkata di Kota Bharu.

Semalam, 40 Orang Asli dari 12 kampung di Lojing dengan bantuan Parti Sosialis Malaysia (PSM) melaporkan dakwaan penebangan hutan berleluasa kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) di ibu negara.

Tok batin Kampung Sigar di Lojing Rada Jambu mendakwa pembalakan menyebabkan kampung mereka semakin sempit, pencemaran air dan kerosakan hutan.

Katanya, kini hanya tinggal sebahagian kecil sahaja yang belum disentuh.

PSM pula mendakwa syarikat pembalakan berlesen menebang pokok yang terletak hampir 10 meter dari rumah Orang Asli di Kampung Sigar dan Kampung Sendrod

Tiada ulasan: